Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum,pertama sekali nak ucapkan Selamat Hari Ibu yang ke 19 buat ibu saya Pn.Nura Bt Abdullah....sebenarnya saya nak buat entri ni semalam... tapi oleh kerana kesulitan yang berpunca dari BB yang berproblem jadi saya tangguh untuk hari ini....






Semua orang cakap 12 MEI adalah HARI IBU...tapi bagi saya hari-hari adalah HARI IBU.Walaupun saya dilahirkan sebagai anak sulung tapi sebenarnya saya langsung tak mewarisi bakat ke dapur atau menguruskan rumahtangga daripada mak...Sejujurnya saya hanya masuk ke dapur untuk makan dan minum...mungkin ada sedikit bakat dalam memasak...tapi saya hanya tahu membakar kek dan biskut...untuk memasak juadah yng savouri langsung saya tak tahu....jadi...secara tak langsungnya emak lah yang membuat segalanya...dan saya...langsung tidak beminat untuk mempelajarinya....entah la...kata emak...dia hanya akan membenarkan saya berkahwin seandainya saya mahir dalam semua hal berkaitan dengan rumahtangga...Memang agak takut...terutama apabila ada orang datang merisik nanti...kalau saya tak ikut syarat emak...dia akan tolak lamaran sape2 jer...hahaha....memang bagi saya peranan sebagai emak sangat berat dalam keluarga saya...Saya pernah mencuba untuk membantu...kononnya sempena Hari Lahir emak...maka dia perlu berehat...tapi sayangnya...niat saya untuk membantu telah menyebabkan emak bekerja sepanjang hari lahirnya semata-mata kerana bantuan saya...kesian emak...saya telah menyusahkannya...itu belum lagi tambah dengan sikap adik saya yang semua hendak emak yang buatkan..."mak buatkan air..."..kalau mak suruh buat sendiri dia mesi jawab "orang tak pandai la,gula ni nak berapa sudu?sirap ni nak berapa sudu?"..hurm macam-macam...adik bongsu pulak..."mak stokin Ya mane..???mak tolong pakaikan..!!!lagi haru...Kesian emak...entah bila lah dia boleh berehat...Dapat anak perempuan,apa pun tak reti...Hurm...macam mana lah kalau saya dapat anak macam kami....senag citer bagi je pelempang...tapi emak memang sabar...tangan pun tak pernah...emak memang seorang yang penyabar...Mak...bukan sengaja anakmu ini hendak menyusahkan mak...tapi kami memang tak tahu....Mak...kami janji..satu hari nanti kami pasti balas jasa mak...






Sob3...memang terharu betol...tambah-tanbah sebagai seorang perempuan yang sudah semestinya akan melalui pengalaman sebagai seorang ibu...Bagi saya sendiri..memikirkannya pun sudah menyesakkan fikiran...belum lagi melaluinya...entah bagaimana lah keadaan nanti...risau pulak rasa...hurm...bagaimanalah emak dapat melayan kerenah lima orang anak...sedangkan saya memikirkan seorang pun rasa seperti hendak pitam....apa-apa pun kesusahan seorang ibu tak terkata...mungkin susah ibu-ibu yang berduit tak sama dengan ibu-ibu yang tidak berduit yang semestinya hidup mereka lebih perit..Tapi sebagai seorang ibu mereka mengalami pengalaman yang sama...Pertarungan untuk membesarkan anak-anak supaya menjadi seorang insan yang mulia dan berjaya....






TERIMA KASIH IBU...hakikatnya ucapan itu tidak setanding pengorbanannya....tapi ucaplah kepada ibu anda...sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai dan pengorbanan mereka dikenang...Akhir sekali,saya ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu di dunia,juga buat ibu-ibu saya di SK Mulong 1,SMU(A) Maahad Muhammadi (P),SMK Mulong dan SMK Ketereh...SELAMAT HARI IBU...



Friday, March 30, 2012

Yearbook Photo Of Girls 7 Cempaka 2012 is Reveal!!!

Za'aidah

Ashikin

Sarah

Fatihah Manaf

Dini

Artiqah

Shahiera

Hayati

Sabariah

Shahida

Jannah

Fatiha Hassan

Hazwani

Athirah
Nadiah


Ain


Nurlina


Fatihah


Syuhada


Masniza

Wednesday, March 28, 2012

Erti Sebuah PERSAHABATAN!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...


Pertama sekali,sebenarnya dah agak lama saya tidak menulis...dek kerana kesibukan yang melanda..hehe...today saya cuma nak share experience saya bersama rakan-rakan sekelas telah pergi berkelah di Pantai Melawi di Bachok,Kelantan pada 13 Mac yang lepas...




Wahhhh...memang seronok..terasa ukhuwwah kami lebih daripada rakan sekelas...terasa macam satu keluarga je...Seronok memang dah tak boleh nak kata dah….sehari suntuk bersama membuatkan hubungan antara kami menjadi lebih erat…maklumlah..selama hanya dalam kelas,kalau bercakap,berbual semua tentang pelajaran…sekali sekala dapat meluangkan masa masa bersantai macam ni terasa macam satu beban dah terlepas…kurang la sikit stress…Sebenarnya walaupun banyak yang kami rencanakan,tapi hanya  ini je yang dah jadi nyata…Sejujurnya,kami terlalu sibuk dengan tugas-tugas sebagai pelajar yang bakal menduduki STPM pada tahun ni…memang tak dinafikan,stress memang ada…kadang-kadang tension sampai tak boleh nak buat kerja..tapi itulah yang kami kena hadapi…walau macam mana susah sekalipun…



Sesekali berhibur tidak salah..tapi jangan sampai melalaikan..saya seronok menyertai aktiviti sebegini…melalui aktiviti macam ni kita dapat rasa perasaan kekeluargaan…Hakikatnya,walaupun kita berbeza latar belakang,warna kulit,bangsa atau agama sekalipun tetap hubungan itu akan membibitkan satu perasaan bahagia..Bagi saya,kawan-kawan adalah penguat semangat terutama dalam pelajaran.Tambahan pula,mereka juga sedang melalui saat-saat seperti yang kita lalui…Walaupun cara menghadapinya berbeza tetapi tetap perasaan yang sama juga turut dirasai..

Cakap pasal sahabat,kawan dan yang sewaktu dengannya ni,saya teringat satu pepatah yang pernah saya baca dalam satu buletin sekolah sewaktu di Tingkatan 1 dulu..dalam buletin itu ada menyebut,kawan itu mulutnya seperti pedang..tajam menghiris,walau sedikit tetap dirasai pedihnya…kawan itu juga seperti ubat,walau sepahit mana rasanya,tetap mampu menyembuhkan dan menyegarkan..

O.k then...that's all for today...

Saturday, January 21, 2012

4Minute-Heart To Heart MV

video


Act...I xtau nak share ap for today...so when I found this,I think it's a cool MV...so I shared here...haha...

Monday, January 2, 2012

NEW YEAR COMES AGAIN...TwEnTy tWeLvE...2012

SELAMAT TAHUN BARU or HAPPY NEW YEAR...


Bila tiba jer taun baru mesti ada yang mula menanam azam baru...walaupun ada azam taon lepas yang belum dicapai tapi rata-ratanya bersemangat dengan azam baru...entah lah....tapi kan,bukankah kita sepatutnya melunaskan azam terdahulu sebelum membuat azam baru.....hurm...fikir fikirkan lah...pasti ramai yang punya azam menggunung tinggi...terfikr tak kenapa saya membuat entry taon baru pada 2 Januari...bukankah sepatutnya pada 1 Januari...hahahaha...sebabnya esok saya dah nak start sekolah...so sy buat la hari ni...Pasal azam baru pulak...sejujurnya dah 2 tahun saya xde sebarang azam...saya masih belum melunaskan azam 2009 jadi pada 2012 saya masih dan akan terus berusaha untuk melunaskan segala hutang yang tertunggak sejak 2009...jadi tak payah la cakap banyak pasal azam baru...warghhhhh..terasa ketinggalan la pulak....








Anyway...don't you want to know what my 2009 goal..?????I hope that I can further my study in University...but until now I'm still a high school student...huhu...bila la nak berubah...any moral support for me..?????haha...ok la....tapi tu lah azam yang masih belum dicapai...i'm not a kid anymore..everything iI have to do it by myself...pretty hard right...?????but that's what elders should do...hurm...bila fikirkan balik takut pulak bila dah jadi dewasa ni...rasa makin banyak tanggungjawab...mesti la...orang dewasa memang macam tu....haha...apa-apa pun azam tahun baru kita...kita perlulah berusaha untuk mencapainya...kita masih ad 364 1/4 hari untuk mencapainya..ok...anyway...GOOD LUCK FOR THIS 2012...HAVE A GREAT YEAR EVERYONE..!!!!!!!!!!!!!!









Monday, December 12, 2011

Kebosanan Yang Melampau

Kala cuti macam ni memanglah terasa bosan a.k.a boring....fuhhh...dalam keadaan sejuk2 macam ni memang syok kalau dapat tidur je....suasana yang buat aku terasa cam malas jer sebenarnya...aku pun xtau apa yang nak share ari ni...otak dah beku beb...at the same time ak tengah tgk satu video kat youtube pasal drama baru Siwon & Donghae (Super Junior) bersama Ivy Chen iaitu Skip Beat Extavagant Challenge...Belum ditayangkan lagi kat Malaysia...tunggu la yer...Oh ye...satu lagi...drama terbaru Lee Dong Wook dan Kim Sun A...dah lama kan tak tengok Lee Dongwook berlakon since dia balik dari army...pun belum ditayangkan lagi kat Malaysia...kena tunggu jugak....hehe...that's all....dah xde idea dah ni...bye3

Extravagant Challenge-filming ENG SUB-Skip Beat Live Action Drama

Sunday, November 6, 2011

Cinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh..
Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh..
Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku